> "MENERAJUI PERUBAHAN MINDA INSAN" <

BARANG SIAPA YANG MENGADA-ADAKAN SESUATU URUSAN BARU
DALAM AGAMA KAMI
MAKA SESUNGGUHNYA IANYA DITOLAK
[ HADIS SAHIH RIWAYAT BUKHARI & MUSLIM ]


SALAM PERKENALAN

ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM PERKENALAN BUAT SEMUA.
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI , YANG MAHA MENGETAHUI SEGALA URUSAN DI LANGIT DAN DI BUMI.BUAT SEMUA YANG SUDI MENGUNJUNGI BLOG INI , RIBUAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN.PERMATA BIRU.COM MERUPAKAN SATU LAMAN TERBUKA UNTUK BERBICARA KHUSUSNYA ASPEK KEAGAMAAN DALAM KONTEKS ISLAM YANG HAKIKI YANG DIWAHYUKAN OLEH ALLAH KEPADA NABI MUHAMMAD SAW , BUKANNYA ISLAM YANG DIAMALKAN SECARA BUDAYA TANPA TAHU KESAHIHANNYA SEPERTI YANG BANYAK BERLAKU DALAM DUNIA HARI INI. AKHIRNYA KITAPUN TERGOLONG DALAM INSAN YANG MENGAMALKAN BID'AH , INGATLAH SATU SABDA NABI SAW YANG BERMAKSUD :
“ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.”(Hadith sahih disepakati Bukhari dalam Fathul Bari no. 156 Jilid 8 & Muslim no.4467)
SESUNGGUHNYA TIDAK SEMESTINYA SESUATU YANG BAIK ITU DITERIMA SEBAGAI AMALAN YANG HAKIKI JIKA IANYA TIDAK BERLANDASKAN AL-QURAN DAN SUNNAH.
SAYA MUNGKIN BUKAN AHLI LULUSAN AGAMA YANG MEMILIKI SIJIL YANG BERGULUNG DI DUNIA INI , NAMUN SAYA JUGA HAMBA ALLAH DAN UMAT NABI SAW YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MENYERU KEPADA KEBAIKAN SERTA MENCEGAH KEPADA KEMUNGKARAN SERTA MEMPERBETULKAN APA YANG DIANGGAP BETUL.
DIHARAPKAN SESIAPA YANG BERMINAT SILA SERTAI BLOG INI DAN DIHARAPKAN BIARLAH PENYERTAAN ANDA ITU DISERTAI DENGAN RASA PENUH TANGGUNGJAWAB TERHADAP AGAMA YANG KITA KASIHI...ISLAM.
SEKIAN , WASSALAM.

Friday, November 12, 2010

ARTIKEL PILIHAN 8 : 3 JENIS TUDUNG

Sesungguhnya tudung wanita itu ada tiga.
Pertama, tudung Yahudi,
kedua, tudung Nasara(nasrani) dan
ketiga
tudung muslimat.” “Wahai guruku, jelaskanlah kepadaku kerana aku tidak pernah mendengar hal yang sedemikian,” soal salah seorang pendengar di hadapannya.
Pertama, tudung Yahudi.
Wanita Yahudi memakai tudung juga, tetapi lebihan kain di depan semuanya dilempar ke belakang.
Kedua, tudung Nasara. Wanita Nasara pun lebih dahulu memakai tudung juga, tetapi tudungnya terlalu singkat, sehinggakan dadanya masih kelihatan.
KETIGA, TUDUNG MUSLIMAT.
wanita muslimat memakai tudung berpandukan firman Allah. Surah an-Nur ayat 31
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka

melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

*berpesan2 dgn kebenaran..memberi teguran tanda sayang.

DARIPADA PETIKAN : http://terkinibersama.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year
Powered By Blogger