> "MENERAJUI PERUBAHAN MINDA INSAN" <

BARANG SIAPA YANG MENGADA-ADAKAN SESUATU URUSAN BARU
DALAM AGAMA KAMI
MAKA SESUNGGUHNYA IANYA DITOLAK
[ HADIS SAHIH RIWAYAT BUKHARI & MUSLIM ]


SALAM PERKENALAN

ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM PERKENALAN BUAT SEMUA.
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI , YANG MAHA MENGETAHUI SEGALA URUSAN DI LANGIT DAN DI BUMI.BUAT SEMUA YANG SUDI MENGUNJUNGI BLOG INI , RIBUAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN.PERMATA BIRU.COM MERUPAKAN SATU LAMAN TERBUKA UNTUK BERBICARA KHUSUSNYA ASPEK KEAGAMAAN DALAM KONTEKS ISLAM YANG HAKIKI YANG DIWAHYUKAN OLEH ALLAH KEPADA NABI MUHAMMAD SAW , BUKANNYA ISLAM YANG DIAMALKAN SECARA BUDAYA TANPA TAHU KESAHIHANNYA SEPERTI YANG BANYAK BERLAKU DALAM DUNIA HARI INI. AKHIRNYA KITAPUN TERGOLONG DALAM INSAN YANG MENGAMALKAN BID'AH , INGATLAH SATU SABDA NABI SAW YANG BERMAKSUD :
“ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.”(Hadith sahih disepakati Bukhari dalam Fathul Bari no. 156 Jilid 8 & Muslim no.4467)
SESUNGGUHNYA TIDAK SEMESTINYA SESUATU YANG BAIK ITU DITERIMA SEBAGAI AMALAN YANG HAKIKI JIKA IANYA TIDAK BERLANDASKAN AL-QURAN DAN SUNNAH.
SAYA MUNGKIN BUKAN AHLI LULUSAN AGAMA YANG MEMILIKI SIJIL YANG BERGULUNG DI DUNIA INI , NAMUN SAYA JUGA HAMBA ALLAH DAN UMAT NABI SAW YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MENYERU KEPADA KEBAIKAN SERTA MENCEGAH KEPADA KEMUNGKARAN SERTA MEMPERBETULKAN APA YANG DIANGGAP BETUL.
DIHARAPKAN SESIAPA YANG BERMINAT SILA SERTAI BLOG INI DAN DIHARAPKAN BIARLAH PENYERTAAN ANDA ITU DISERTAI DENGAN RASA PENUH TANGGUNGJAWAB TERHADAP AGAMA YANG KITA KASIHI...ISLAM.
SEKIAN , WASSALAM.

Wednesday, August 11, 2010

ARTIKEL PILIHAN 6 : TAHUKAH ANDA...MENGAPA ORANG BIJAK TIDAK BERPELUH ???

Adakah anda pernah melihat seseorang berpeluh dengan agak banyak semasa menduduki peperiksaan ? dan adakah anda melihat seseorang yang tersangat ‘cool’ semasa menduduki exam ? adakah ini juga terjadi kepada anda ? Mungkin sedikit fakta yang akan diberikan memberi sedikit input kepada anda yang pernah mengalami atau melihat kejadian sebegini.Mengapakah mereka yang bijak kelihatan tenang ketika menduduki peperiksaan, sementara mereka yang kurang bijak agak berpeluh-peluh ?

“Ini kerana mereka yang bijak tidak memerlukan tenaga” kata Richard J. Hier dari Universiti California. dalam kajian yang menggunakan Tomographer Pancaran Positron iaitu sejenis alat pengimbas yang dapat mengesan apa yang berlaku dalam otak, Heier telah membuat kajian terhadap 17 orang. Dia meminta mereka makan sejenis gula yang ditandakan dengan radioaktif (sel otak akan menggunakan gula bagi mendapatkan tenaga).


Haier telah memberi mereka beberapa soalan yang perlu dijawab. Hasilnya, dia mendapati bahawa bagi kumpulan yang bijak dan dapat menjawab dengan baik, otak mereka tidak banyak menggunakan tenaga, tetapi bagi mereka yang kurang bijak dan gagal menjawab soalan, didapati otak mereka banyak menggunakan tenaga. Ini hanya merupakan satu faktor dari berbagai jenis faktor mengapa seseorang itu berpeluh semasa menduduki exam tetapi orang yang bijak itu juga akan berpeluh jika dia tidak mengulangkaji subjek-subjek yang bakal dihadapi olehnya di dalam peperiksaan. Pendek katanya,

Persediaan dan ulangkaji merupakan aset berharga yang membolehkan orang yang kurang bijak bersaing dengan orang yang bijak didalam peperiksaan.

Sebenarnya bukanlah “mengapa orang bijak tidak berpeluh ?” tetapi yang sebetulnya “mengapa orang yang bersedia tidak berpeluh?” :D. Inilah kebenaran. bila kita bersedia, kita tidak akan gelabah. Bila kita tidak gelabah hormon adrenaline tidak banyak dirembeskan dan bila kurang hormon dirembeskan, kurang metabolisme badan berlaku yang menakibatkan kurangnye peluh keluar.


Ahli Fizik dan “manusia paling bijak” pada abad ke-20; Albert Einstein tidaklah mengatakan bahawa orang yang bijak itu adalah kerana “gifted” tetapi dia mengatakan bahawa orang yang bijak dan mampu berjaya adalah orang yang mempunyai 99% daya usaha dan hanya 1% inspirasi kejayaannya. Bukan dengan hanya angan-angan mat jenin. Kesian mat jenin, mangsa keadaan yang menunjukkan manusia itu suka berangan-angan :D

SUDAH MENJADI LUMRAH ALAM ATAU SUNNATULLAH , JIKA KITA BERSEDIA UNTUK BERDEPAN DENGAN APA YANG KITA BIMBANGKAN , KITA AKAN BERJAYA MENGATASINYA.


Jarang-jarang kita akan kecundang dan tewas. Tetapi ini tidak bermaksud kita akan selalu menang dalam setiap cabaran dan liku. Jika kita masih tewas apabila sudah “mengasah pedang”, mungkin ini merupakan satu ujian dari Allah SWT terhadap hambaNya untuk menguji sejauh mana hambaNya ingat pada Nya ketika dia dalam kesusahan.

Sesudah kita diberi nikmat, Dia akAn menguji kita dengan menarik semula nikmat itu. Itulah faktanya, itulah dalilnya. Secara tuntasnya, kita perlu bersedia dalam semua perkara yang melibatkan proses persediaan dan pengaturan tetapi kita juga perlu berlatih cara-cara untuk menjadi spontaneous.

JIKA SESEORANG YANG KURANG BIJAK BERSEDIA ,

TIDAK MUSTAHIL DIA AKAN

MENEWASKAN ORANG YANG BIJAK DENGAN CARA TERHORMAT !!!

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year
Powered By Blogger