SALAM PERKENALAN
SALAM PERKENALAN BUAT SEMUA.
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI , YANG MAHA MENGETAHUI SEGALA URUSAN DI LANGIT DAN DI BUMI.BUAT SEMUA YANG SUDI MENGUNJUNGI BLOG INI , RIBUAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN.PERMATA BIRU.COM MERUPAKAN SATU LAMAN TERBUKA UNTUK BERBICARA KHUSUSNYA ASPEK KEAGAMAAN DALAM KONTEKS ISLAM YANG HAKIKI YANG DIWAHYUKAN OLEH ALLAH KEPADA NABI MUHAMMAD SAW , BUKANNYA ISLAM YANG DIAMALKAN SECARA BUDAYA TANPA TAHU KESAHIHANNYA SEPERTI YANG BANYAK BERLAKU DALAM DUNIA HARI INI. AKHIRNYA KITAPUN TERGOLONG DALAM INSAN YANG MENGAMALKAN BID'AH , INGATLAH SATU SABDA NABI SAW YANG BERMAKSUD :
“ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.”(Hadith sahih disepakati Bukhari dalam Fathul Bari no. 156 Jilid 8 & Muslim no.4467)
SESUNGGUHNYA TIDAK SEMESTINYA SESUATU YANG BAIK ITU DITERIMA SEBAGAI AMALAN YANG HAKIKI JIKA IANYA TIDAK BERLANDASKAN AL-QURAN DAN SUNNAH.
SAYA MUNGKIN BUKAN AHLI LULUSAN AGAMA YANG MEMILIKI SIJIL YANG BERGULUNG DI DUNIA INI , NAMUN SAYA JUGA HAMBA ALLAH DAN UMAT NABI SAW YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MENYERU KEPADA KEBAIKAN SERTA MENCEGAH KEPADA KEMUNGKARAN SERTA MEMPERBETULKAN APA YANG DIANGGAP BETUL.
DIHARAPKAN SESIAPA YANG BERMINAT SILA SERTAI BLOG INI DAN DIHARAPKAN BIARLAH PENYERTAAN ANDA ITU DISERTAI DENGAN RASA PENUH TANGGUNGJAWAB TERHADAP AGAMA YANG KITA KASIHI...ISLAM.
SEKIAN , WASSALAM.
Thursday, August 20, 2009
CERMIN DIRI 6 : RAMADHAN AL-MUBARAK
> SESUNGGUHNYA BAGI MEREKA YANG BERIMAN DAN SENTIASA MENCARI KEREDHOAN ALLAH SEMEMANGNYA SENTIASA MERINDUI DAN MENANTI AKAN KEHADIRANNYA DENGAN PENUH KEGUSARAN KERANA BIMBANG UMURNYA MEMBATASKAN KEINGINANNYA UNTUK BERTEMU DENGAN RAMADHAN.
> SEMUA KITA MAKLUM BAHAWA RAMADHAN ADALAH ANTARA SATU - SATUNYA KURNIAAN ALLAH KEPADA UMAT NABI MUHAMMAD SAW DAN DI DALAMNYA PENUH DENGAN BERBAGAI - BAGAI JANJI ALLAH BUAT KITA. BEGITULAH KASIHNYA DAN SAYANGNYA ALLAH KEPADA UMAT NABI MUHAMMAD SAW. TIDAK CUKUP DENGAN ITU , DIJANJIKAN DAN DIKURNIAKAN OLEH ALLAH KEPADA KITA SATU MALAM DI 10 TERAKHIR RAMADHAN DENGAN SATU MALAM YANG SANGAT BERKAT IAITU LAILATUR QADAR YANG TIDAK TERDAPAT PADA BULAN - BULAN YANG LAINNYA DAN BERUNTUNGLAH KITA JIKA KITA DIPILIH OLEH ALLAH UNTUK BERTEMU DENGAN MALAM ITU.
> PERSOALAN YANG SAYA NYATAKAN TADI ADALAH MERUPAKAN PERKARA YANG SUDAH LALI DI FIKIRAN UMAT ISLAM KERANA SETIAP TAHUN DARI KITA KECIL HINGGALAH KITA DEWASA SERING DIPERDENGARKAN SEGALANYA ITU DAN TERKADANGNYA MEMBUATKAN KITA TERFIKIR , APAKAH SUDAH TIDAK ADA CERITA LAIN TENTANG RAMADHAN YANG BOLEH DIPERBINCANGKAN ? APAKAH SUDAH CETEK ILMU PENGETAHUAN PARA ILMUAN TENTANG RAMADHAN INI ? [ MAAF , BUNYINYA AGAK KASAR TAPI JIKA DIFIKIRKAN SECARA TERBUKA , KITA AKAN MENEMUI HAKIKATNYA ]
> UNTUK ITU CERMIN DIRI PADA KALI INI TIDAK MAHU MENGIKUT ARUS CERITA - CERITA SEUMPAMA ITU , SEBALIKNYA CERMIN DIRI PADA KALI INGIN MENGAJAK PARA PENGUNJUNG BLOG INI UNTUK BERFIKIR DAN MELIHAT SECARA JUJUR DAN IKHLAS SERTA DENGAN FIKIRAN YANG TERBUKA DARI SUDUT YANG BERBEZA TENTANG RAMADHAN INI.
> ALHAMDULILLAH...SAYA SANGAT BERSYUKUR KERANA DILAHIRKAN SEBAGAI WARGA MALAYSIA DAN HIDUP DI MALAYSIA YANG AMAN DAMAI INI. HASIL KEAMANAN ITU , SABAN TAHUN BILA RAMADAN MENGUNJUNGI KITA , KITA DIHIDANGKAN DENGAN PELBAGAI AKTIVITI KEAGAMAAN DAN MAMPU MELAKUKANNYA DALAM KEADAAN PENUH KETENANGAN LANTARAN NEGARA KITA YANG MAKMUR LAGI AMAN KHUSUSNYA DARI ASPEK KEAGAMAAN.
> NAMUN...ADA YANG AGAK MENYEDIHKAN...ADA SESETENGAH AKTIVITI YANG DIHIDANGKAN ITU SEMAKIN LAMA SEMAKIN MENGARUT !!! ITULAH YANG INGIN SAYA BAWAKAN PADA KALI INI DI RUANGAN CERMIN DIRI INI.
> KITA MULAKAN DENGAN SOLAT TARAWIH. ALHAMDULILLAH , SECARA UMUMNYA BOLEH DIKATAKAN DARI AWAL RAMADHAN HINGGA AKHIR RAMADHAN RATA - RATA SURAU DAN MASJID DI MALAYSIA INI PENUH SABAN MALAM DENGAN PARA JEMAAH YANG BERLUMBA - LUMBA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT ITU. NAMUN YANG MENYEDIHKANNYA...DI MANAKAH JEMAAH - JEMAAH TERSEBUT DI KALA WAKTU SUBUH , ZOHOR DAN ASAR YANG WAJIB ITU ??? APAKAH MEREKA MELIHAT TUNTUTAN MENGERJAKAN SOLAT SUNAT TARAWIH ITU LEBIH BESAR DARIPADA TUNTUTAN MENGERJAKAN SOLAT SUBUH , ZOHOR DAN ASAR TERSEBUT ??? APAKAH SUDAH KELABU PEMIKIRAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI KHUSUSNYA TENTANG SUNAT DAN WAJIB ??? LEBIH TERUK LAGI APABILA SOLAT SUNAT TARAWIH ITU MENJADI PENJANA KEPADA UMAT KEJI DI KALANGAN UMAT ISLAM...NAU'ZUBILLAH... APA TIDAKNYA... APABILA SUNAT TARAWIH YANG LAZIMNYA DISUDAHI DENGAN SOLAT WITIR 'DISAMBUNG' PULA DENGAN SOKSEK - SOKSEK BANCIAN TENTANG SIAPA YANG TAK DATANG SURAU ATAU MASJID UNTUK BERTARAWIH.
> SEPERKARA LAGI TENTANG TABIAT BAIK ORANG YANG BERTARAWIH INI ADALAH DENGAN MEMBAWA ANAK - ANAK KECIL [ TERKADANG TAK BERAPA KECILPUN...]BERSAMA DENGAN MEREKA KONONNYA NAK MENDIDIK JIWA ANAK - ANAK CINTAKAN SURAU DAN MASJID. ALHAMDULILLAH...ITULAH ANTARA CIRI - CIRI IBU BAPA YANG TERPUJI. NAMUN...APA YANG DIKESALI IALAH , SAYANGNYA IBU BAPA ITU TERLUPA NAK MENGAJAR DAN MENANAMKAN SIKAP BERADAP DI SURAU DAN DI MASJID TERLEBIH DAHULU SEHINGGAKAN KERIUHAN MEREKA MAMPU MENGALAHKAN KUATNYA PEMBESAR SUARA SURAU @ MASJID. LANTAS , APAKAH TIDAK TERDETIK DI HATI PARA JEMAAH UNTUK MENGUTUK DALAM SOLAT KEPADA PARA IBU BAPA YANG TAK FAHAM BAHASA ADAP SOPAN DI SURAU DAN DI MASJID ??? LALU , DI MANA STATUS IBADAH YANG DILAKUKAN ITU ???
> PERKARA YANG KE DUA YANG INGIN CERMIN DIRI BAWAKAN DI SINI ADALAH TENTANG AMALAN YANG SEMAKIN POPULAR DI MALAYSIA KETIKA DI BULAN RAMADHAN IAITU 'MOREE' [ HARAP - HARAP EJAANNYA TIDAK SALAH...]. SETAHU SAYA YANG CETEK ILMU INI , DI ZAMAN NABI SAW DAN PARA SAHABAT MALAH KITAPUN DITUNTUT SANGAT MELAKUKANNYA KERANA GANJARANNYA AMAT BESAR IAITU MEMBERI MAKAN ORANG BERBUKA PUASA. NAMUN DI MALAYSIA INI PARA SURAU DAN MASJID SEAKAN LEBIH MENGGALAKKAN MEMBERI MAKAN ORANG YANG SUDAH KENYANG BERBUKA YANG DISEBUT SEBAGAI 'MOREE' SEHINGGAKAN SEMINGGU SEBELUM 1 RAMADHAN BERTEBARANLAH JADUAL MENYEDIAKAN 'MOREE' INI DI SETIAP 'KARIAH' SURAU ATAU MASJID. DI MANAKAH TUNTUTAN MEMBERI ORANG BERBUKA PUASA ITU MAKAN YANG SAYA NYATAKAN TADI ??? ALLAHUAKBAR !!! AMPUNKANLAH MEREKA YANG MENGADAKAN - NGADAKAN SESUATU YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN RASUL MU SAW.
> TAK CUKUP DENGAN ITU SEMUA , DITAMBAH PULA DENGAN AMALAN TADARUS YANG SEMAKIN MENYIMPANG APABILA ADANYA AMALAN MEMINTA SUMBANGAN DAN SEDEKAH UNTUK MEMBERI HADIAH KEPADA PARA PESERTA TADARUS YANG AKAN KHATAM AL-QURAN NYA DI HUJUNG RAMADHAN. TAK TAU PULA SAYA DALAM ISLAM NAK MENGAJI KENA DIBERI HADIAH ??? BERTAMBAH TERUK LAGI APABILA TERDAPATNYA SESETENGAH SURAU DAN MASJID MENGAMALKAN SISTEM 'KASTA' DALAM BERTADARUS...SIAPA YANG RASA HEBAT MENGAJI MASUK / DAFTAR DALAM KUMPULAN A DAN SIAPA YANG RASA KURANG HEBAT MASUK / DAFTAR KUMPULAN B DAN KALAU MACAM SAYA YANG CETEK ILMU NI...KUMPULAN C AGAKNYA ???
> SETAHU SAYA ZAMAN DAHULU BILA BERTADARUS HANYA ADA SATU LINGKUNGAN BULATAN SAHAJA. SEORANG BACA YANG LAIN TOLONG MENYEMAK BACAAN SIFULAN ITU. JIKA ADA SALAHNYA DIBETULKAN DAN TIADA PULA HADIAHNYA DI HUJUNG RAMADHAN. CUKUPLAH WAHAI INSAN...KEMBALILAH KAMU KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH RASUL SAW YANG SEJATI...
> SEPERKARA LAGI YANG AMAT - AMAT MENYEDIHKAN SAYA YANG SAYA LIHAT BERLAKU DI DALAM BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI ADALAH , BILA MASUK SAJA 1 RAMADHAN MAKA DILIHAT BERUBAHLAH LEWAT WAKTU UNTUK SOLAT MAGHRIB DI SURAU DAN MASJID DALAM LINGKUNGAN 15 KE 20 MINIT. SEOLAH - OLAH ADA TAKWIM BARU DIUMUMKAN UNTUK WAKTU MAGHRIB DI BULAN RAMADHAN. LANTAS DI MANAKAH TUNTUTAN BERSEGERALAH KAMU MENGHADIRKAN DIRI UNTUK SOLAT BILA MASUK WAKTUNYA ??? ITU BUKAN RUMAH KITA ITU RUMAH ALLAH !!! APA SALAHNYA PARA AJK SURAU DAN MASJID YANG BEREBUT KETIKA PEMILIHAN JAWATAN ITU BERGILIR - GILIR MENDIRIKAN SOLAT JEMAAH SEBAIK SAJA MASUK WAKTU MAGHRIB SELEPAS BERBUKA DI SURAU DAN MASJID ??? ITULAH ANTARA PERANAN MENGADAKAN MAKANAN UNTUK ORANG BERBUKA PUASA DI SURAU DAN MASJID APATAH LAGI JIKA ADANYA PARA MUSAFIR YANG INGIN MENUMPANG MENGHILANGKAN LELAH , BERBUKA DAN BERSOLAT DI SITU.
> KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN WAHAI PENGAMAL , PENGAJAR DAN MEREKA YANG MENGKOMERSIALKAN AMALAN - AMALAN BARU DALAM ISLAM...SESUNGGUHNYA SEDARLAH BAHAWA AMALAN - AMALAN BARU DALAM AGAMA ITU SESUNGGUHNYA ADALAH SUATU BIDAAH DAN BIDAAH ITU DUDUKNYA DI DALAM NERAKA. APAKAH KITA INGIN MEMBUATKAN MASYARAKAT ISLAM KITA 'KEMPUNAN' UNTUK MENCAPAI HASRAT RAMADHAN ITU KERANA MEREKA JAUH DARIPADA HIDAYAH ALLAH YANG DISEBABKAN OLEH AMALAN PERBUATAN ATAU IQTIQAD YANG KITA AJAR KEPADA MEREKA ADALAH SESUATU YANG BIDA'AH ??? DAN INGATLAH SEKALI LAGI , BAHAWA BIDA'AH ITU SESAT DAN DUDUKNYA DALAM NERAKA !!!
"YA ALLAH YA TUHAN KU , SESUNGGUHNYA AKU BERADA DI DALAM KALANGAN MEREKA YANG TIDAK MENGETAHUI DAN AKU TIDAK BERKUASA UNTUK MELAKUKAN APA - APA , OLEH ITU AMPUNKAN DIRI KU DAN MEREKA YANG TIDAK MENGETAHUI AKAN SESUATU ITU"
> UNTUK ITU SEGMEN CERMIN DIRI KALI INI INGIN MENYERU , KEMBALILAH KITA KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH SAW YANG SEJATI. SELAMAT MENJALANI RAMADHAN DENGAN PENUH KETAKWAAN DENGAN MELAKUKAN AMALAN YANG DIREDHOI ALLAH DAN RASUL MUHAMMAD SAW.
> FIKIR-FIKIRKAN...
Saturday, May 02, 2009
ARTIKEL PILIHAN 5 : BAHAYA DEMOKRASI TANPA PRINSIP WAHYU
DARI MINDA TAJDID TULISAN :
TUAN DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN
PENSYARAH USM P.PINANG
[MANTAN MUFTI PERLIS]
Demokrasi itu hampir menjadi agama kepada sesetengah pihak. Bahkan ada pihak yang meletakkan demokrasi lebih tinggi daripada prinsip-prinsip yang ada dalam agamanya. Sehingga jika kita menyebut bahawa tindakannya itu bercanggah dengan prinsip agama, dia akan menyatakan “saya kena patuh kepada kehendak demokrasi”.
Walaupun sebenarnya demokrasi dalam banyak keadaan mempunyai tafsiran yang berbagai, tetapi jika semuanya itu dirumuskan ia merujuk kepada kepatuhan pemerintah kepada kuasa atau suara majoriti rakyat. Di samping demokrasi juga menyebut tentang menghormati hak-hak minoriti.
‘Kerajaan rakyat, untuk rakyat dan kepada rakyat’, demikian antara slogan-slogan demokrasi yang dianggap indah. Tanpa sebarang syak demokrasi adalah sistem pemerintahan yang terbaik dibandingkan pemerintah autokrasi yang menjadikan kuasa berada di tangan seorang individu tanpa memperdulikan perasaan dan kehendak rakyat.
Di negara-negara yang dicengkami oleh pemerintahan ‘kuku besi’, demokrasi menjadi igauan rakyatnya. Mereka memuja demokrasi sebagaimana seseorang memuja agama. Bahkan mereka sanggup dipenjara atau mati kerananya. Walaupun dalam ajaran demokrasi tiada bab syurga atau neraka selepas kematian, tetapi kehendak insani terhadap kebebasan rakyat dan keadilan yang kelihatan selaras dengan slogan yang dikibarkan oleh bendera demokrasi membawa manusia sanggup berkorban kerananya.
Betapa ramai para pejuang demokrasi yang terkorban tanpa sempat melihat ‘suara majoriti’ menguasai negaranya. Betapa ramai yang mati dalam tahanan tanpa sempat melihat ‘kerajaan rakyat’ yang diidamkannya. Namun, tanpa berbekalkan nas-nas tentang ‘jihad dan syahid’, mereka sanggup dan rela. Sebabnya, keadilan itu selaras dengan naluri insani yang dibekalkan oleh Tuhan dalam fitrah insan. Demokrasi kelihatan menempatkan fitrah ini dalam sistemnya.
Namun dalam Dunia Islam sepatutnya tidak perlu mengagungkan demokrasi. Umat Islam telah dibekalkan oleh Islam dengan sistem syura yang adil dan berteraskan prinsip yang diredhai Allah. Malangnya para pemerintah Dunia Islam meminggirkan ‘Sistem Syura’ sehingga umat Islam jahil mengenainya, dalam masa yang sama slogan demokrasi yang dilaungkan Barat berkumandang di dunia. Melaluinya, Barat cuba menyebarkan pengaruh politik. Maka slogan demokrasi pun bergema di Dunia Islam sebagai satu impian rakyat.
Apatah lagi para pemerintah Dunia Islam ramai yang zalim dan kejam, maka bertambah suburlah kerinduan rakyat di Dunia Islam kepada kebebasan bersuara, hak dan keadilan, lalu dipinjam slogan yang Barat gunakan iaitu demokrasi. Lebih daripada itu, Barat berjaya membuktikan secara realitinya bagaimana kekebasan bersuara dan penghormatan kepada suara ramai dihayati dalam negara mereka.
Maka Barat seakan menjadi ‘Kiblat Politik’ dalam mengecapi hak dan kebebasan. Akhirnya Barat itu dianggap teladan dalam segala perkara yang negatif dan positif; sehingga kepada soalan yang berkaitan agama dan budaya. Ini semua berlaku dek kedurjanaan para pemerintah umat Islam itu sendiri yang merampas kebebasan rakyat sehingga mereka hilang panduan.
Ada yang menyebut bahawa ‘syura dan demokrasi’ namanya sahaja yang berbeza, tetapi maksudnya sama. Saya tidak mahu berbalah tentang istilah, kerana setiap orang berhak mempunyai kefahamannya yang tersendiri terhadap istilah yang dia pakai. Apa yang penting apakah prinsip yang dipegang, bukan jenama yang dipakai.
Prinsip-prinsip syura tulen berteraskan nas-nas wahyu, sementara prinsip-prinsip demokrasi berdasarkan pemikiran manusia. Walaupun mungkin banyak perkara secara umumnya demokrasi tidak bercanggah dengan Islam kerana asas pemerintahan dalam Islam itu sendiri adalah keadilan untuk rakyat berpandukan syariat Islami. Namun ada perbezaan antara demokrasi dan prinsip syura dalam Islam.
Dalam sistem syura Islam; suara ramai dihormati, demikian hak individu rakyat juga dipelihara. Dalam masa yang sama Islam mempunyai prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi iaitu syariat Islam yang diturunkan Allah untuk kebaikan manusia. Jika suara ramai itu bercanggah dengan syariat Allah, sistem syura akan berpegang kepada syariat dan tidak akan menghalalkan yang haram atas nama ‘suara ramai’. Misalnya, jika kehendak rakyat ‘menghalalkan arak atau judi, atau zina, atau homoseksual maka kerajaan yang berteraskan demokrasi perlu menghormatinya.
Sementara dalam sistem syura, pemerintah berpegang kepada wahyu; maka kehendak ramai yang bercanggah dengan wahyu tidak dapat diterima. Bahkan menjadi tanggungjawab pemerintah mendidik rakyat dengan ajaran Allah agar mereka terbimbing dan dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. Suara ramai memang dihormati tetapi ia bukan semestinya sentiasa betul. Jika suara ramai ingin menghalal yang salah, kita tidak bersetuju dengannya.
Firman Allah: (maksudnya) :
Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah Yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.(surah al-An’am:116-117)
Di peti undi pilihanraya, undi seorang ilmuwan besar yang sarat dengan analisa dan kajian tiada beza nilainya dengan undi seorang yang tiada pelajaran dan mengundi secara suka-suka tanpa fikir. Jika masyarakat dipenuhi oleh majoriti mereka yang mahu perkara-perkara negatif, demokrasi terpaksa menerima sedangkan sistem syura tidak. Bahkan tanggungjawab pemerintah ketika itu melaksanakan apa yang Allah sebut: (maksudnya):
“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemunkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Surah al-Hajj: 41).
Pemerintahan berjiwa ‘syura Islami’ akan menerapkan hubungan perasaan dengan Allah yang memberikan amanah kuasa pemerintahan kepadanya untuk memerintah dengan adil. Pegangan pemerintah adalah Islam dan keadilannya untuk rakyat. Bukan pemerintah berpegang kepada rakyat dan cuba memberi keputusan kepada agama. Politik demokrasi jika tidak dikawal akan menempatkan suara ramai menggantikan wahyu.
Siang malam yang diimpikan oleh pemerintah adalah undi rakyat bagi memungkin mereka terus berkuasa kerana kuasa dilihat sebagai amanah rakyat semata, bukan amanah Allah. Demikian pihak pembangkang yang partinya beriman penuh kepada prinsip demokrasi akan melakukan apa sahaja demi mendapat sokongan rakyat. Akhirnya lahirlah politik wang, jatuh-menjatuh demi mendapatkan undi, menggadaikan prinsip perjuangan kerana undi dan berbagai lagi. Sehingga yang berslogan Islam pun, menukar pegangan demi pengundi atau berdiam diri terhadap kemunkaran pengundinya.
Di Malaysia, kita akan melihat satu demi satu prinsip-prinsip Islam terpinggir dalam kegilaan mendapatkan sokongan rakyat atau memenangi peti. Pihak yang memakai jenama ‘Islam’ juga akan mendiamkan diri, jika dilihat membela prinsip-prinsip itu merugikan undi mereka. Itulah buruknya demokrasi yang berteraskan suara rakyat, tanpa berpaksikan wahyu.
Saya tidak bertujuan mencadangkan agar ditukarkan nama demokrasi kepada syura. Apa yang ingin saya sebut, sebagai seorang muslim apa pun sistem yang diguna namanya, atau terpaksa kita berinteraksi dengannya, kita hendaklah sentiasa berpaksikan wahyu. Perlu ada acuan prinsip kita yang tersendiri. Jika pun tidak mampu menukar, nama demokrasi itu mungkin boleh dipakai, tetapi prinsip seorang muslim hendaklah sistem syura yang berasaskan tanggungjawab pemerintah di hadapan Allah.
Jika tidak, demokrasi akan mengorbankan prinsip Islam dan menjadikan pemerintah dan pembangkang hilang idealisma tenggelam dalam kehendak ramai yang pada hari dipengaruhi berbagai-bagai kehendak globalisasi. Hingga pemerintah dan pembangkang itu akhirnya mengikut kehendak rakyat bukan mendidik dan membimbing rakyat. Maka rosaklah negara.
Monday, April 20, 2009
ARTIKEL PILIHAN 4 : PELIK TAPI BENAR...KENAPA YAHUDI ORANGNYA BIJAK ?
Kenapa Yahudi bijak sekali?
[ SATU KAJIAN BENAR SEORANG DOKTOR ]
Fikir-fikirkan kebenarannya...
Mengapa Yahudi Bijak?
(as received by a recent e-mail from a friend. Have an open mind and learn from the enemy) Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?".
Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olahan manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka sayapun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikannya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak". Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.
Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi jika ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya (contoh dalam solat) menunduk atau menggoyangkan kepala, ini gunanya dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.
Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yg pandai. Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yang moron (bodoh) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!!
Anda mungkin mushkil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana?
Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esay nya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato ?'
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa...
Dr. Stephen Carr Leon
Wednesday, April 15, 2009
CERMIN DIRI 5 : ANTARA YANG BENAR DAN SEAKAN BENAR...[BAHAGIAN 2]
> SAYA BERHARAP PARA PENGUNJUNG LAMAN BLOG INI DAPAT MEMBACA ARTIKEL INI DENGAN FIKIRAN YANG TERBUKA DAN DENGAN HATI YANG BEBAS TANPA MEMIHAK MANA - MANA PIHAK ATAU KUMPULAN - KUMPULAN TERTENTU MAHUPUN FAHAMAN - FAHAMAN YANG TERTENTU. SUKA JUGA SAYA NYATAKAN DI SINI , SAYA JUGA TIDAK PRO ATAU KONTRA DENGAN MANA - MANA PIHAK. JIKA ARTIKEL INI MEMPUNYAI PERSAMAAN DENGAN MANA - MANA PENDAPAT , ITU MUNGKIN HANYA SATU KEBETULAN.
> APA YANG TERKANDUNG DI DALAM ARTIKEL INI ADALAH MELALUI KEFAHAMAN SAYA SERTA BEBERAPA DALIL YANG MUNGKIN MUDAH DIFAHAMI. NAMUN , JIKA IANYA DITATAP DALAM KEADAAN KITA DIBELENGGU OLEH SESUATU UNSUR YANG LAIN , MUNGKIN ARTIKEL INI AKAN TERPESONG MAKNANYA. BERDASAR KEPADA TANGGUNGJAWAB SAYA SEBAGAI INSAN DI MUKA BUMI INI YANG TERIKAT DENGAN PERINTAH ALLAH IAITU , AMAR MAKRUF , NAHI MUNGKAR , MAKA SAYA MENULISNYA DENGAN BERPEGANG KEPADA AL - QURAN DAN SUNNAH BUKANNYA DENGAN BERPEGANG KEPADA FAHAMAN - FAHAMAN TERTENTU SEPERTI , GOLONGAN WAHABI , SYIAH ATAU SEBAGAINYA KERANA SETAHU SAYA DALAM APA HAL SEKALIPUN PERINTAH ALLAH ITU TETAP SATU PADA SESIAPA JUGA.
> PADA BAHAGIAN 1 YANG LALU , SAYA MENGATAKAN BAHAWA IQTIQAD ITU BOLEH DITERJEMAHKAN DALAM 3 CARA , WALAUPUN APA YANG KITA LAKUKAN ITU TANPA DISERTAKAN DENGAN IQTIQAD DI HATI BAHAWA IANYA PERINTAH DARI AL-QURAN ATAU SUNNAH RASULULLAH SAW , NAMUN JIKA IANYA MENJADI AMALAN YANG SEAKAN TIDAK
BOLEH DITINGGALKAN , MAKA AKHIRNYA IA SAMALAH SEPERTI KITA TELAH MENGHIDUPKAN IQTIQAD DI HATI KITA. APATAH LAGI IANYA AKAN MENJADI BURUK LAGI JIKA PARA PENGIKUT KEPADA AMALAN ITU TANPA USUL PERIKSA MEMATUHINYA TANPA RAGU LANTARAN IANYA DIBAWA OLEH MEREKA YANG PUNYA NAMA ATAU JAWATAN ATAS NAMA KEAGAMAAN ATAU SEAKAN DENGANNYA...> DALAM ISU PERTAMA SAYA INGIN MEMULAKAN DENGAN AMALAN MEMBACA AYAT - AYAT AL - QURAN , BERDOA ATAU SEBAGAINYA DI KUBURAN. DALAM KAJIAN DAN PENGETAHUAN SAYA TIADA DISEBUT DALAM AL-QURAN ATAU SUNNAH NABI SAW YANG MENYATAKAN AKAN PERKARA INI. JIKA NABI SAW PUN TIDAK MELAKUKANNYA , APAKAH KITA LEBIH BAIK AMALANNYA DARIPADA BAGINDA ??? SETAHU SAYA CUMA DISEBUT TENTANG DOA KEPADA SI MATI ADALAH DALAM HAL DOA - DOA YANG AKAN BERSAMA - SAMA DENGAN SI MATI ADALAH DOA ANAK YANG SOLEH , JIKA DIA MEMPUNYAI ZURIAT. MUNGKIN ITU SALAH SATU SEBAB NABI BERSABDA DENGAN MAKSUD , SESUNGGUHNYA MEREKA BUKAN DARI UMMATKU JIKA MEREKA MEMUSUHI ATAU MENOLAK PERNIKAHAN. INI MENGGAMBARKAN BAHAWA NABI SAW MENDIDIK KITA AGAR MENGEMBANGKAN ZURIAT KERANA SESUNGGUHNYA ZURIAT YANG SOLEH AKAN DAPAT MEMBANTU KITA SESUDAH MATI. WALAUPUN BAB DOA KEPADA SI MATI DISEBUT KRETIRIANYA , NAMUN BAGINDA TIDAKPUN MENYEBUT BAHAWA KITA HENDAKLAH BERDOA DI KUBURAN. INI KERANA , DOA ITU BOLEH DILAKUKAN DI MANA SAJA DAN JIKA KITA BERIQTIQAD MELALUI AMALAN ITU BAHAWA BERDOA ATAU MEMBACA AYAT-AYAT AL-QURAN DI KUBUR ITU SEBAGAI SATU TUNTUTAN , MAKA KITA SEOLAH - OLAH MENGATAKAN BAHAWA ALLAH ITU HANYA MENDENGAR DOA KITA UNTUK SI MATI JIKA KITA BERDOA DI KUBURAN. APAKAH KITA INGIN MENGATAKAN SESUNGGUHNYA KUASA ALLAH ITU TERHAD ??? APAKAH KITA LUPA BAHAWA ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA MENDENGAR ???
> ISU KE DUA YANG AKAN SAYA NYATAKAN DI SINI MUNGKIN AGAK KONTROVERSI , KERANA RAMAI DI KALANGAN MASYARAKAT TELAH MENGETAHUINYA NAMUN MASIH RAMAI YANG BERTINDAK MEMPERTAHANKAN AMALAN TERSEBUT. TERPULANGLAH KEPADA ANDA , NAMUN SAYA AKAN CUBA BAWA FOKUS ULASAN ISU INI DENGAN CARA YANG LEBIH MUDAH DIFAHAMI DAN SELEPAS ITU TERPULANGLAH KEPADA ANDA. RATA - RATA SEMUA DI KALANGAN KITA MENGETAHUI BAHAWA MEMBACA AL-QURAN ITU SATU TUNTUTAN. SEHINGGA ADA KENYATAAN YANG BERBUNYI BAHAWA DALAM KONTEKS MEMBACA AL-QURAN INI TERDAPAT BEBERAPA PERKARA YANG PERLU KITA KETAHUI , IAITU :
= AL-QURAN HENDAKLAH DIPELAJARI DAN DIBACA , SESUNGGUHNYA RUMAH YANG TIDAK DIPERDENGARKAN DENGAN AYAT - AYAT AL-QURAN IBARAT GUA TANPA CAHAYA.= SETELAH DIPELAJARI DAN DIBACA , HENDAKLAH IANYA DIMANTAPKAN TAJWIDNYA SEBAIK MUNGKIN.
= SETELAH ITU , AL-QURAN HENDAKLAH DIUSAHAKAN AGAR IANYA DIFAHAMI AKAN MAKNANYA SAMA ADA YANG TERSURAT ATAU YANG TERSIRAT JIKA MAMPU.
= SESUDAH ITU , AL-QURAN HENDAKLAH DIAMALKAN , IAITU TERUTAMANYA DARI SEGI PERINTAH - PERINTAH ALLAH YANG TERDAPAT DI DALAMNYA SERTA PERKARA - PERKARA YANG DITERANGKAN OLEH AL-QURAN KERANA SESUNGGUHNYA AL-QURAN ITU PANDUAN HIDUP UMAT ISLAM YANG SELENGKAP - LENGKAPNYA.
= JIKA KITA SUDAH MENGUASAINYA DENGAN BAIK , HENDAKLAH KITA MENYAMPAIKANNYA KEPADA ORANG LAIN [ IAITU MENGAJAR TENTANG AL-QURAN ]
> BEGITULAH YANG DITUNTUT BERKAITAN AL-QURAN DAN SEHUBUNGAN DENGAN ITU JUGALAH MAKA NABI SAW MENGKEHENDAKI KITA BERPEGANG TEGUH KEPADA AL-QURAN SERTA KITA JUGA SEDAR BAHAWA , MENGIMANI AL-QURAN ITU JUGA SALAH SATU DARIPADA RUKUN IMAN KITA. SAYA PERCAYA DENGAN PENUH YAKIN BAHAWA SETIAP UMAT ISLAM MEMAHAMI AKAN PERKARA ITU KERANA DI MALAYSIA KHUSUSNYA PERKARA TERSEBUT DIAJAR KEPADA ANAK - ANAK KITA SEJAK KECIL LAGI. PERSOALANNYA , RAMAI DI KALANGAN UMAT ISLAM HARI INI MEMANG HEBAT DARI ASPEK TEORI SESUATU PERKARA ITU TETAPI APABILA IANYA HENDAK DIREALITIKAN SEBAGAI PERBUATAN , LAIN PULA AMALAN MEREKA.
> APA YANG TERJADI HARI INI , DI KALANGAN UMAT ISLAM HARI INI SUDAH SEAKAN MEMILIKI DUA JENIS AL-QURAN. SATU , AL-QURAN YANG MENGANDUNGI 114 SURAH DAN SATU LAGI YANG SECARA ASASNYA HANYA MEMILIKI 1 SURAH SAJA IAITU YASSIN. SEHINGGAKAN MEREKA LEBIH GEMAR MENGELIK BUKU YASSIN DARIPADA AL-QURAN DAN LEBIH TERUK LAGI ADA YANG TAK TAHU DI MANA DUDUKNYA SURAH YASSIN DALAM AL-QURAN. APAKAH HAK KITA UNTUK MENGELUARKAN SURAH YASSIN DARIPADA AL-QURAN DAN SEOALAH - OLAH MEWUJUDKAN SATU LAGI AL-QURAN YANG HANYA ADA 1 SURAH ??? JAWABLAH DENGAN FIKIRAN YANG TERBUKA TANPA MENCARI ALASAN...SALAHKAH JIKA KITA MEMBACANYA DARI SEBUAH AL-QURAN YANG LENGKAP ??? APAKAH ADANYA SATU ALASAN YANG MUNASABAH YANG BOLEH MENTERJEMAHKAN PERBUATAN KITA YANG TIDAK MAHU MEMBACA SURAH YASSIN DARI SEBUAH AL-QURAN ???
> TADI SAYA ADA MENYATAKAN TANGGUNGJAWAB KITA TERHADAP AL-QURAN , IAITU SECARA RINGKASNYA , KITA DITUNTUT BACA , FAHAM , AMAL DAN AJAR. APAKAH TUNTUTAN ITU HANYA DIKHASKAN UNTUK BULAN RAMADAN ??? SEDANGKAN PADA HARI YANG LAIN KHUSUSNYA MALAM JUMAAT KITA HANYA DITUNTUT UNTUK MEMBACA YASSIN. JIKA HENDAK DIKATEGORIKAN 'BESARNYA' KEDUDUKAN SESUATU SURAH DI DALAM AL-QURAN ITU , SAYA RASA ADALAH LEBIH BAIK KITA MEMBESARKAN SURAH AL-FATIHAH. SAYA BERKATA BEGITU KERANA , AL-FATIHAH DALAH SATU SURAH YANG DITURUNKAN TERUS OLEH ALLAH KEPADA NABI SAW SECARA TERUS TANPA PERANTARAAN JIBRIL AS DAN DIJADIKAN PULA SURAH WAJIB DI DALAM SOLAT , CACAT AL-FATIHAH SOLAT KITA TIDAK PUNYA MAKNA. BEGITULAH BESARNYA MAKNA AL-FATIHAH. NAMUN , BERAPA RAMAI YANG MENGAMBIL BERAT TENTANGNYA [ AL-FATIHAH ] SEHINGGAKAN ADA IMAM YANG HENDAK DIGUGURKAN DARI JAWATANNYA HANYA KERANA GAGAL MENYEMPURNAKAN BACAAN AL-FATIHAH SANGGUP DENGAN BONGKAKNYA MEMPERTAHANKAN JAWATANNYA DARIPADA MEMPERTAHANKAN KESUCIAN AL-FATIHAH ITU ???
> JIKA KITA LIHAT PULA BILA UPACARA BACA YASSIN YANG DIJADIKAN AMALAN 'WAJIB' DI MALAYSIA SETIAP MALAM JUMAAT , BERAPA RAMAI YANG BOLEH MENJAMIN BAHAWA IANYA DIBACA DENGAN TAJWID YANG TEPAT ??? TERKADANG BUKAN SEKADAR TAJWIDNYA DILANGGAR IKUT SUKA TAPI BUNYI BACAANNYAPUN SUKAR DIFAHAMI. APAKAH INI AMALAN TUNTUTAN ISLAM ??? APA SALAHNYA JIKA KITA TUKAR AMALAN MAMBACA YASSIN KEPADA AMALAN MEMBACA AL-QURAN SEDIKIT - DEMI SEDIKIT ??? ITU LABIH BAIK DAN AKHIRNYA KITA TIDAK PERLU MENUNGGU RAMADAN UNTUK KHATAM AL-QURAN DAN MENERIMA HADIAH KHATAM , TAPI KITA BOLEH KHATAM BERKALI - KALI DALAM SETAHUN.
> SAYA TIDAK PERNAH KATA PERBUATAN MEMBACA YASSIN TIDAK BOLEH , TAPI DALAM KONTEKS PERLAKUAN RAKYAT MALAYSIA HARI INI YANG SEOLAH - OLAH TAK NAMPAK SURAH LAIN SETIAP MALAM JUMAAT MENJADIKAN IANYA SEBAGAI SATU AMALAN YANG MELAHIRKAN SATU IQTIQAD BAHAWA BACA YASSIN MALAM JUMAAT ITU SATU TUNTUTAN YANG LEBIH BESAR DARIPADA MEMBACA SURAH - SURAH LAIN DI DALAM AL-QURAN , SEDANGKAN IANYA BUKAN SATU TUNTUTAN DALAM ISLAM KERANA TUNTUTAN DALAM ISLAM ADALAH MEMBACA AL-QURAN TANPA MEMBEZA - BEZAKAN SURAH - SURAH DI DALAMNYA.
> KETIGA , ISU KENDURI ARWAH PADA 3 MALAM PERTAMA , HARI KE 44 DAN HARI KE 100. AMALAN INI SECARA TERANG BUKAN MENJADI AMALAN NABI SAW SERTA TIDAK DITUNTUT DALAM ISLAM. SAYA INGIN MEMBAWA SATU KENYATAAN IMAM NAWAWI YANG ADA KAITAN DENGAN PERKARA TERSEBUT DI SINI ,
orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada
Tuesday, April 14, 2009
BULETIN TAZKIRAH : EDISI 3/2009
السلام عليكم ورحمة الله
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA
MENGASIHANI. BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI ,TUHAN SEKALIAN ALAM YANG MENGETAHUI SEGALA URUSAN DI LANGIT DAN DI BUMI , DENGAN LIMPAHAN TAUFIK DAN HIDAYAHNYA SETELAH AGAK SEKIAN LAMA BULETIN TAZKIRAH TIDAK MENAMPILKAN EDISI BARU , KINI BULETIN TAZKIRAH EDISI 3/2009 DAPAT DISIARKAN. SEMOGA IANYA MENDATANGKAN KESEDARAN BUAT KITA SEMUA.
EDITOR – PERMATA BIRU.COM
.....................................................................................
AL-HIKMAH
BARU - BARU INI KITA TELAH 'DIHIDANGKAN' DENGAN SATU KES TANGKAP KHALWAT. BILA DISEBUT TANGKAP KHALWAT , SECARA KHUSUSNYA SUDAH PASTILAH YANG MELAKUKANNYA ADALAH UMAT ISLAM. WALAUPUN PADA MASA KINI KHALWAT BERLAKU SABAN HARI DAN ADA SAJA KES - KES YANG SERING DIPAPARKAN DI DADA - DADA AKHBAR DAN MEDIA ELEKTRONIK , NAMUN PADA SATU KES YANG BARU - BARU INI IANYA MENARIK MINAT RUANGAN AL-HIKMAH UNTUK MENYENTUHNYA.
PADA KES TANGKAPAN ITU ANTARA YANG TERLIBAT ADALAH SEORANG WANITA YANG SEDANG SARAT MENGANDUNG 9 BULAN. APA SUDAH JADI DENGAN UMAT ISLAM HARI INI...MUNGKIN INILAH YANG DIKATAKAN UMAT AKHIR ZAMAN...
'YANG DI DALAM BELUM KELUAR , YANG DI LUAR NAK DIUNDANG MASUK !!!' SUDAH HILANGKAH KEIMANAN DAN KETAQWAAN DALAM JIWA ???
KES - KES SEUMPAMA INI SEGERA MENGINSAFKAN DIRI SAYA SERTA MENGGERUNKAN JIWA...APAKAH INI HASIL KEMAJUAN YANG DITUNTUT OLEH ISLAM...??? SEHINGGA MANUSIA HILANG PEDOMAN DAN PANDUAN ??? INSAFLAH DAN BERTAUBATLAH WAHAI UMAT NABI MUHAMMAD SAW...SEMENTARA MASA MASIH ADA , SEMENTARA KITA MASIH MAMPU SUJUD PADANYA...MUDAH - MUDAHAN KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN HAMBANYA YANG DILINDUNGI DAN DIAMPUNINYA...AMIN.
RENUNGKANLAH…......
FIKIR-FIKIRKAN.
.....................................................................................
AL-TAFSIR
RUANGAN AL-TAFSIR KALI INI INGIN MENGUTARA BEBERAPA TERJEMAHAN AYAT AL-QURAN YANG BERSANGKUTAN DENGAN DOA , KERANA DOA ADALAH MERUPAKAN SATU SENJATA YANG PALING BERHARGA YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA KITA , CUMA TERKADANG KITA LUPA AKAN TERTIBNYA MENGGUNAKAN SENJATA DOA ITU. MUDAHAN-MUDAHAN SELEPAS INI KITA BERTAMBAH JELAS TENTANGNYA.
Al-Quran > Surah Al-A'raaf> Ayat 55
Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.
Al-Quran > Surah Al-A'raaf> Ayat 205
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
Al-Quran > Surah Al-Israa'> Ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
MUDAH-MUDAHAN KITA MEMPEROLEHI KEBAIKAN DARIPADANYA.
.....................................................................................
AL-HADIS
KETIKA ARTIKEL INI DITULIS , NEGARA MASIH LAGI KALUT DENGAN SOAL PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN. BERBAGAI PERKARA YANG TERBANGKIT DARI SOAL ITU , LANTAS RUANGAN AL-HADIS TERPANGGIL UNTUK MENGUTARAKAN SUATU PANDUAN DARIPADA RASULULLAH SAW , MUDAH - MUDAHAN IANYA BOLEH MENJADI PANDUAN KEPADA KITA.
RASULULLAH BERSABDA , MAKSUDNYA :
"SESIAPA YANG AKHIRAT ITU TUJUAN UTAMANYA , MAKA ALLAH JADIKAN KEKAYAANNYA DALAM JIWANYA. ALLAH MUDAHKAN SEGALA URUSANNYA DAN DUNIA AKAN DATANG KEPADANYA DENGAN HINA [iaitu dalam keadaan dirinya mulia].
SESIAPA YANG DUNIA ITU TUJUAN UTAMANYA , MAKA ALLAH AKAN LETAKKAN KEFAKIRANNYA ANTARA KEDUA MATANYA. ALLAH CERAI-CERAIKAN URUSANNYA DAN DUNIA AKAN DATANG KEPADANYA MELAINKAN DENGAN APA YANG DITAKDIRKAN UNTUKNYA [iaitu dalam keadaan hina]"
[ HADIS RIWAYAT TARMIZI DAN DINILAI OLEH AL-ALBANI ]
"SIAPA YANG MENGANGKAT SESEORANG UNTUK SATU JAWATAN YANG BERKAITAN DENGAN URUSAN MASYARAKAT SEDANGKAN DIA MENGETAHUI ADA YANG LEBIH BAIK , SESUNGGUHNYA IA TELAH MENGKHIANATI ALLAH , RASUL DAN KAUM MUSLIMIN"
[ HADIS RIWAYAT AL-HAKIM ]
RENUNG - RENUNGKAN...
************************************************************************************
> NANTIKAN EDISI YANG SETERUSNYA < ************************************************************************************
Saturday, March 28, 2009
CERMIN DIRI 4 : ANTARA YANG BENAR DAN SEAKAN BENAR...[BAHAGIAN 1]

> JIKA DILIHAT DARI SUDUT BAHASA , IQTIQAD MEMBAWA MAKSUD , SATU KEYAKINAN YANG TEGUH TERHADAP SESUATU PERKARA DAN TEMPAT IQTIQAD ITU PULA ADALAH DUDUKNYA DI DALAM HATI.
> IQTIQAD BOLEH BERLAKU DALAM BEBERAPA KEADAAN ATAU CARA , ANTARANYA ADALAH :
1] MELALUI NIAT YANG DICAMBAHKAN SECARA TERUS DI HATI DENGAN PENUH YAKIN
2] MELALUI LAFAZ KATA DI BIBIR YANG SERING DIULANG DENGAN PENUH BERSUNGGUH
3] MELALUI AMALAN PERBUATAN YANG SERING DILAKUKAN DENGAN BERSUNGGUH - SUNGGUH SERTA PENUH MINAT YANG MENDALAM
> WALAUAPAPUN KAEDAHNYA IQTIQAD ITU DIJELMAKAN , AKHIRNYA IA AKAN MENJADI SESUATU YANG DUDUKNYA DI DALAM HATI KITA DAN SEKIRANYA IQTIQAD ITU TERHASIL DARIPADA KEMAHUAN DIRI KITA SENDIRI , MAKA IANYA AKAN SUKAR DIHAPUSKAN , MAKA JADILAH SEUMPAMA ORANG YANG GEMAR MAKAN SAMBAL BELACAN , WALAUPUN KETIKA MAKAN DILAFAZKAN PEDAS , IANYA TETAP DIMAKAN JUGA DAN AKAN DIMAKAN LAGI DI LAIN KALI.
> SATU CONTOH PROSES PENJELMAAN IQTIQAD DI DALAM DIRI KITA ADALAH DENGAN MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH. NAMUN , JIKA DILIHAT PADA SENARIO MASYARAKAT KITA HARI INI , SAMA ADA GOLONGAN REMAJA , DEWASA ATAU TUA , BAWAHAN MAHUPUN ATASAN , AGAMAWAN ATAUPUN BUKAN , TERKADANG KITA MERASAKAN IQTIQAD PADA SYAHADAH ITU SEAKAN TIDAK WUJUD DALAM DIRI SESEORANG MANUSIA ITU APABILA HUKUM ALLAH DENGAN MUDAH DIPERSENDA , DILANGGAR IKUT SUKA SERTA SERUAN NABI SAW DIBIARKAN BEGITU SAJA TANPA ADA RASA UNTUK MELAKUKANNYA , SEBALIKNYA DITOKOK DITAMBAH SESEDAP RASA.
> DALAM MENYENTUH PERSOALAN IQTIQAD INI , RAMAI YANG TIDAK SEDAR ADA KETIKANYA KITA TELAH MENCAMBAHKAN IQTIQAD DI HATI KITA SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU MELALUI LAFAZ KATA ATAUPUN PERBUATAN SECARA SENGAJA DENGAN IQTIQAD - IQTIQAD YANG TIDAK DIREDHOI OLEH ISLAM , SAMA ADA YANG MENYALAHI PERINTAH AL-QURAN ATAUPUN YANG MENYALAHI SERUAN SUNNAH NABI SAW. INI ADALAH SANGAT MERBAHAYA BAGI AKIDAH KITA. APATAH LAGI JIKA IQTIQAD KITA ITU KITA SEBARKAN PULA AGAR BERCAMBAH DI HATI ORANG LAIN. AKHIRNYA IA MENJADI SATU PERKARA BIDA'AH DALAM AGAMA.
> SAYA SANGAT TERTARIK MENGGUNAKAN SATU HADIS RASULULLAH YANG ENTAH BERAPA KALI SAYA GUNAKAN DI DALAM LAMAN BLOG INI SEBAGAI SATU PERINGATAN BUAT KITA SEMUA , IAITU :
DALAM BENTUK YANG SEBAIK – BAIKNYA"
.Thursday, March 26, 2009
ARTIKEL PILIHAN 3 : ISU WAHABI
DARI MINDA TAJDID
TULISAN : TUAN DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN
PENSYARAH USM P.PINANG
[MANTAN MUFTI PERLIS]
Ketika saya dihubungi agar mengulas tentang satu gerakan yang suka menuduh orang lain wahhabi, saya pada mulanya malas nak campur. Di kala negara sedang gelut dengan krisis yang berbagai, ada juga puak yang sibuk wahabi-mewahabi orang lain. Apatah lagi, saya pun dah lama tidak berfikir tentang isu tersebut kerana sibuk dengan isu-isu yang lebih bersifat nasional dan sejagat.
Sebenarnnya, di negara kita kini sedang muncul satu golongan yang menyembunyikan identitinya. Mereka ini jika di negara Arab digelar Ahbash. Puak ini berpusat di Lubnan dan mempengaruhi sesetengah pelajar kita di sana juga yang di tempat lain. Perkataan ahbash merujuk kepada pengasas dan pengikut mereka yang berketurunan Habsyi Afrika. Guru mereka ialah Abdullah al-Harari. Seorang yang terkenal suka mengkafirkan orang lain yang tidak sependapat dengannya. Dia sentiasa mendakwa bahawa hanya dirinya Ahlussunnah wal Jamaah dan bermazhab Syafi’i. Sesiapa yang tidak
bersependapat dengannya itu sesat, atau kafir atau wahhabi.
Hasilnya berlakulah pembunuhan dan rusuhan. Mereka telah mengkafirkan ulamaulama terdahulu seperti al-Imam Ibn Taimiyyah, al-Imam Ibn Qayyim, al-Imam al-Zahabi, al-Imam Ibn Kathir, Muhammad bin Abdul Wahhab dan lain-lain. Ulama semasa yang dikafirkan oleh mereka termasuk Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr. Said Ramadhan al-Buthi, Sayyid Sabiq, Sayyid Qutb, al-Albani, Mufti Lubnan Hasan Khalid lain-lain. Sesiapa yang berminat mereka boleh layari bankahbash.blogspot.com. untuk mengetahui sikap ektremis golongan ini.
Di Malaysia, mereka mula menyerap dalam sesetengah pihak berkuasa agama di negeri-negeri tertentu. Mereka menganjurkan program-program atas nama Ahlussunnah wal Jamaah. Isi kandungannya adalah menuduh sesiapa yang tidak sebulu dengan mereka sebagai wahhabi. Slogan mereka sama, sesiapa yang memberikan pendapat yang tidak sama dengan mereka maka dia sesat atau wahhabi. Cara kebetulan pula pandangan sesetengah golongan pembaharuan memang ada perbezaan dengan pandangan
agamawan tempatan. Namun, itu bukan kesalahan dan baru.
Dahulu pun dalam negara ini ada gerakan kaum muda seperti Za’ba, Syed Syeikh al-Hadi, Burhanudin al-Helmi, Abu Bakar al-Baqir dan selain mereka yang memang diiktiraf sumbangan mereka dalam pembaharuan dan kemerdekaan. Walaupun ada tentangan terhadap kaum muda dari kelompok konservertif tradisionalis melayu, namun buku-buku sejarah yang jujur terus mengiktiraf sumbangan kaum muda kepada pendidikan, perjuangan hak wanita, kemajuan pemikiran, pembebasan dari kejumudan dan seumpamanya. Namun hari ini puak Ahbash yang muncul dan menyelinap masuk dalam masyarakat kita cuba membangkit perkara-perkara perbezaan ini sehingga ke peringkat kafir mengkafir. Kata mereka golongan pembaharuan menimbulkan pecah belah dalam masyarakat. Padahal jika mereka jujur, perpecahan yang sebenar dalam masyarakat melayu sekarang adalah dalam isu-isu politik, bukan isu kenduri arwah, tol orang mati dan joget tarekat yang dipertahankan oleh mereka.
Untuk menarik minat masyarakat, mereka menuduh sesiapa sahaja yang memberikan pandangan berbeza itu sebagai wahhabi dan ektremis. Padahal, golongan Ahbash ini menyimpan racun mereka dan menunggu hari untuk dikeluarkan. Tidak hairan jika beberapa pembunuhan di Lubnan dikaitkan dengan mereka dan ramai tokoh yang menganggap mereka mempunyai hubungan dengan CIA. Sebab itu kita melihat pendekatan Ahbash ini ada ala-ala Amerika. Jika Amerika yang mengganas di negara orang, menuduh orang lain pengganas, demikian puak Ahbash ini yang suka mengkafirkan orang lain, tetapi menuduh orang lain pula mengkafirkan dan menumpahkan darah. Maka tidaklah pelik jika guru Ahbash itu digelar al-fattan atau pencetus fitnah.
Di samping, kita juga tidak menafikan, wujudkan segelintir kelompok yang menyandarkan diri kepada salafi kadang-kala ada ciri-ciri agak keras dalam berinteraksi dengan amalan tradisi tempatan atau menimbul beberapa pendapat yang tidak wajar dibesar-besarkan. Saya sendiri kurang bersetuju untuk terlalu bertegas dalam perkara-perkara yang diizinkan syarak untuk kita berbeza pendapat. Namun, kesilapan mereka itu hanya pada pendekatan dan pemilihan keutamaan. Tidak sepatutnya untuk mereka dihukum sesat atau dikafirkan oleh kelompok Ahbash ini.
Namun, jarum Ahbash ini nampaknya ada juga yang terpengaruh lalu menuduh sesiapa sahaja yang berbeza pendapat dengan pandangan mereka sebagai wahhabi. Padahal, jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; apa itu wahabi?. Mereka pun tak pasti dan berbagai jawapan diberikan.
Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh. Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang lain juga tidak qunut subuh. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah juga wahabi? Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia ahlil maksudnya La ilaha illa Allah, tahmid bermaksud Alhamdulillah, tasbih bermaksud subhana Allah.
Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi yang dituduh wahhabi itu menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaanbacaan mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!!. Ada yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi. Ramai yang tidak belajar di Arab Saudi pun ada juga yang menuduh wahabi. Kemudian, kalau wahabi itu sesat, apakah sekarang Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi sedang didiami dan diimami oleh golongan yang sesat?!!. Ada yang kata wahabi ialah golongan tidak bermazhab. Kita beritahu dia Arab Saudi yang sebagai dituduh wahabi bermazhab Hanbali.
Mungkin yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya ‘Wahhabi’. Saya katakan saya sendiri dalam pengalaman yang singkat ini ada yang menuduh wahabi, sekalipun saya tidak begitu membaca buku-buku Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Saya hanya menganggapnya salah seorang tokoh-tokoh umat yang ada jasa dan sumbangannya. Dalam masa yang sama ada kekurangan dan kelemahannya. Dia bukan tokoh mazhab fekah yang
ulung. Dia sendiri bermazhab Hanbali. Bukan juga jaguh dalam hadis, sehingga al-Albani pernah mengkritiknya dengan agak tegas. Namun, sebagai tokoh, ada sumbangannya yang tersendiri. Dari segi ilmiah, secara peribadi saya tidak dapat banyak manfaat daripadanya. Namun sumbangannya tidak dilupakan.
Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-Aulawiyyat memuji Muhammad bin ‘Abdul Wahhab, dengan berkata: “Bagi alImam Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir).
Juga tokoh ahli fekah terkenal, Dr. Wahhab al-Zuhaili juga memujinya dengan menyebut: “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya) “Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan al-salaf al-salih yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah.
Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid'ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58). Bahkan banyak lagi puji-pujian beliau dalam risalah tersebut. Ramai lagi tokoh-tokoh lain yang memuji Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, apakah tokoh-tokoh agama yang begitu ramai itu patut dituduh wahabi?!!!.
Kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i tulisan tokohtokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi'i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al- Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji. Namun apabila saya baca antara apa yang disebut dalam kitab tersebut: “Daripada bid'ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat
puluh hari dan seumpamanya.
Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya” (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam). Apakah semua penulis itu wahabi?!!.Jika kita tengok kitab-kitab melayu jawi kita dapati perkara yang sama. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga Allah merahmatinya) dalam Bughyah al-Talab: “(dan makruh) lagi bid'ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid'ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya” (2/34). Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al- Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut: “Maka bid'ah yang tidak elok” (7/130). Apakah mereka semua juga wahabi?!!.
Apabila ada yang memberitahu amalan Nisfu Syaaban seperti yang dibuat oleh masyarakat kita bukan dari tunjuk ajar Nabi s.a.w. Mereka kata: “dia wahabi”. Kita kata ini bukan daripada tulisan Muhammad bin ‘Abd al- Wahhab, ini fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban, beliau menjawab: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawamereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha). Apakah beliau juga wahabi?!! Al-Imam al-Nawawi (meninggal 676 H) adalah tokoh agung dalam mazhab al-Syafi'i. Pada zamannya, beliau membantah mengiringi jenazah dengan mengangkat suara membaca al-Quran. Beliau berkata: “Ketahui sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-salaf al-salih r.a adalah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir dan selainnya.
Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah yang cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya. Sesungguhnya Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad r.a. pernah berkata –maknanya-: “Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh dengan banyaknya golongan yang rosak”.
Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al Quran dan bacaan yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah keburukannya, besar keharamannya, dan fasiknya sesiapa yang mampu membantahnya tetapi tidak membantahnya”. (Al-Nawawi, Al-Azkar, m.s. 225- 226, Damsyik: Maktabah al-Ghazali). Saya percaya jika al-Imam al-Nawawi di zaman kini dan buat kenyataan ini, golongan yang taksub pegangan tempatan akan menuduhnya juga wahabi.
Apatah lagi jika dia mereka mambaca kenyataan al-Imam al-Nawawi ini menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya: “adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai” (Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al- Mahazzab 5/320 Beirut: Dar al-Fikr). Tentu jika mereka masih hidup akan dituduh wahabi! Bahkan jika al-Imam al-Syafi’i masih hidup pun mungkin dia dituduh wahhabi. Apa tidaknya dalam kitabnya al-Umm disebut: “Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat. Hendaklah mereka mensenyapkan zikir, kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya (bacaan-bacaan zikir-pen), maka ketika itu dijelaskan zikir. Sehingga apabila didapati telah dipelajari daripadanya. Maka selepas itu hendaklah dia perlahankan" (al-Syafi'i, Mausu‘at al-Imam al-Syafi'i: Al-Umm, 1/353 Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi). Tidakkah itu berbeza dengan amalan orang melayu.
Ada kata golongan wahhabi tidak mewajibkan terikat dengan sesuatu mazhab. Saya kata kalau begitu haramkanlah buku Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr Wahbah al-Zuhaili, Dr Abd al-Karim Zaidan dan berbagai tokoh ulama antarabangsa yang lain dari disebarkan di Malaysia ini. Sebab mereka ini yang tidak mewajibkan terikat dengan satu-satu mazhab. Lihat apa kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Perkara yang penting untuk anda mengetahuinya bahawa hukum orang awam mengikut salah seorang imam-imam mazhab ialah harus dengan syarat-syaratnya. Ia bukan sesuatu yang wajib seperti yang dikatakan oleh golongan mutakhir.
Ini kerana tiada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh al-Kitab dan al-Sunnah. Maka al-Quran dan al-Sunnah tidak mewajibkan seseorang terikat dengan mazhab. Maka tidak menjadi halangan untuk seseorang muslim bebas dari terikat dengan manamana mazhab. Dia boleh bertanya berkaitan agamanya kepada sesiapa sahaja di kalangan ulama. Tanpa perlu terikat dengan seseorang ilmuan sahaja tanpa bertanya orang lain. Inilah jalan para sahabah dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan cara yang baik pada zaman sebaik-baik kurun. Allah telah selamatkan mereka dari taklid yang dicerca ini. Sebaik-baik manusia untuk bebas dari terikat dengan mazhab ialah sesiapa yang baru menganut Islam.
Maka tiada kepentingan mewajibkannya apa yang Allah ta’ala tidak wajibkan. Dia boleh bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama yang dia mahu. Wajib ditulis untuk mereka buku-buku fekah yang memudahkan tanpa terikat dengan mazhab tertentu”.( Al-Qaradawi: Dr Yusuf, Kaif Nata’amal Ma’ al-Turath, m.s. 83-84, Kaherah: Maktab Wahbah)
Banyak lagi contoh-contoh lain jika hendak disebut. Maka fahamlah bahawa tuduhan wahabi kepada seseorang di negara kita ini kebanyakan adalah fitnah. Sebagai jawapan kepada persoalan yang tidak terjawab, maka diputarkan isu ke arah yang lain. Ia adalah lambang akhlak dan perilaku buruk pembuatnya. Memburukkan orang lain tanpa bukti dan ilmu. Kesemua mereka ini akan didakwa di akhirat kerana memutar belitkan fakta tanpa rasa takut kepada ALLAH. Tidak pernahkah mereka membaca firman ALLAH dalam
Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendahrendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Laranganlarangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi
fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang)
sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Wahai orangorang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Adalah malang jika medan perbahasan ilmiah dijadikan medan fitnah memfitnah. Apatah lagi jika yang terlibat itu golongan agama. Kita sepatutnya hanya berada dalam sempadan fakta dan angka sahaja. Jangan terbabas ke peringkat tuduh menuduh secara tidak berakhlak. Ramai pendakwah yang menjadi mangsa akhlak buruk ini. Kita juga berdukacita dan bersimpati. Apatah lagi jika ahli fitnah memakai nama pihak berkuasa agama. Namun saya katakan kepada para pendakwah yang difitnah; bersabarlah.
Telah pun difitnah sebelum ini para rasul yang mulia, sehingga Nabi Muhammad s.a.w dituduh ahli sihir dan gila. Al-Imam al-Syafi'i r.h pernah dituduh sebagai pendokong Syiah di zaman sehingga dia dihukum. Al-Imam Al-Bukhari r.h pernah tuduh sebagai bersefahaman dengan Mu’tazilah mengenai al-Quran, sehingga dia terpaksa keluar dari kampung halamannya. Demikian sejarah dan sirah para ulama kesemuanya tidak sunyi dari mainan golongan yang hasad dan khianat. Demikian tabiat dakwah ini yang sentiasa
menuntut keikhlasan dan pengorbanan.
Wahai mereka yang suka menuduh orang lain atas sentimen tanpa bukti. Berhentilah, banyak kerja lain yang patut kita buat. Jangan jumud. Sekarang dunia moden, banyak pengetahuan boleh dicari hanya dengan beberapa clik di hadapan internet. Jika kita tidak larat fikir, jangan halang orang lain mencari maklumat dan berfikir. Tunjukkan imej keistimewaan Islam itu dengan mengizin keperbagaian pemikiran hidup dalam iklim yang harmoni selagi tiada penipuan dan pengkhianatan. Dunia fakta hanya dimasuki oleh manusia yang cintakan ilmu. Bukan yang suka mengkafirkan orang tanpa sebab atau menuduh orang wahabi hanya kerana tidak berkenan di hati.
Wednesday, March 25, 2009
BULETIN TAZKIRAH : EDISI 2/2009
السلام عليكم ورحمة الله
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI. BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI ,TUHAN SEKALIAN ALAM YANG MENGETAHUI SEGALA URUSAN DI LANGIT DAN DI BUMI , DENGAN LIMPAHAN TAUFIK DAN HIDAYAHNYA KINI BULETIN TAZKIRAH EDISI 2/2009 DAPAT DITERBITKAN. SEMOGA IANYA MENDATANGKAN KESEDARAN BUAT KITA SEMUA.
EDITOR – PERMATA BIRU.COM
.....................................................................................
AL-HIKMAH
DALAM KELUARAN BULETIN TAZKIRAH 1/2009
TELAH DINYATAKAN 1 DARIPADA 6 TANDA-TANDA
KERUNTUHAN DAN KEMUSNAHAN SESUATU MASYARAKAT YANG DIRIWAYATKAN DARI ABDULLAH IBNU MAS’OD ,
KALI INI DINYATAKAN 1 LAGI PERTANDA TERSEBUT , IAITU :
“APABILA SEMAKIN RAMAINYA ORANG
YANG MENERIMA ATAU DIBERI AMANAH
TIDAK MENYEMPURNAKAN AMANAH TERSEBUT…”
DAN INI BERSESUAIAN DENGAN FIRMAN ALLAH
DALAM SURAH AN NISAA : AYAT 58
YANG BERMAKSUD :
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah
kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat.”
SESUNGGUHNYA ‘UBAT’ ITU KEBIASAAN RASANYA PAHIT BEGITU JUGALAH DENGAN SUATU KEBENARAN YANG TIDAK MEMIHAK
KEPADA KITA…......
FIKIR-FIKIRKAN.
.....................................................................................
AL-TAFSIR
MAKSUD FIRMAN ALLAH DALAM SURAH LUQMAN : AYAT 17
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.
17. WAHai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).
DI DALAM AYAT INI ALLAH MEMPERINGATKAN KITA
MELALUI PESAN LUQMAN
KPD ANAKNYA BAHAWA ,
TIAP – TIAP KEBAIKAN YANG INGIN KITA LAKUKAN
PASTI AKAN MENERIMA TENTANGAN
DAN HALANGAN DRP MANUSIA LAIN.
SESUNGGUHNYA JALAN KEBAIKAN ITU BERLIKU ,
JALAN KEBURUKAN ITU LURUS.
OLEH ITU SABARLAH DLM MELAKUKAN KEBAIKAN
KERANA TIAP KEBAIKAN ITU
AKAN TERSERLAH KEBENARANYA DI SISI ALLAH…
.....................................................................................
AL-HADIS
[MASIH MENGEKALKAN HADIS YANG DISIARKAN PADA EDISI 1/2009]
NABI MUHAMMAD SAW PERNAH BERSABDA:
من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهوا رد
“ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.”
(Hadith sahih disepakati Bukhari dalam Fathul Bari no. 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .
OLEH ITU , SELIDIKILAH DULU DAN KAJILAH DULU AGAR SESUATU YANG DILAKUKAN ITU MENGIKUT SUNNAH & AL-QURAN…TIDAK SEMESTINYA PERKARA YANG BAIK ITU DITERIMA SUNNAH & AL-QURAN….TERKADANG IA HANYA BUDAYA SEPERTI JUGA APA YANG DIFATWAKAN OLEH DR YUSUF AL-QARDAWI YG BERSESUAIAN DGN SATU LAGI SABDA NABI :
“BERPEGANGLAH KAMU KEPADA 2 PERKARA ,
NESCAYA KAMU AKAN SELAMAT DI DUNIA & DI AKHIRAT…
KITABULLAH DAN SUNNAH KU” ,
FATWANYA :
“setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah
itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”
( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383,
Beirut: Dar Uli al-Nuha).
************************************************************************************
> NANTIKAN EDISI YANG SETERUSNYA < ************************************************************************************
